"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN".......... "Selamat datang ke http://birdhobby2.blogspot.com/"....."Pusat maklumat yang membincangkan secara konsisten berkaitan teknik pembiakan dan penjagaan burung hiasan"---------“Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini.........."PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA"

Monday 16 July 2012

Taman Mini Budgie

Salam ukhwah kepada semua pengunjung kerana sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini. Terima kasih dan penghargaan juga diucapkan kepada semua pengunjung blog Birdhobby kerana lontaran idea dan pandangan yang membina. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manafaan kepada pengemar burung di luar sana, terutamanya peminat Burung Budgie.


Taman Mini untuk membela burung telah lama berlegar di dalam fikiran. Memiliki sebuah taman mini untuk tujuan membela burung bukanlah semudah yang disangkakan. Ia memerlukan perancangan rapi meliputi pelbagai sudut, baik dari segi kewangan, pengurusan masa, penyelian burung yang dibawa masuk dan yang paling penting, adakah Hobi @ Taman Mini tersebut mampu bertahan lama, atau menjadi Projek Gajah Putih.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk membela burung budgie secara berskala serdahana seperti saya             ( dalam lingkungan 30-50 pasang ), langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, Pastikan poket anda mampu unuk mengeluarkan belanja bagi membeli keperluan asas burung budgie iaitu: Penyedian Sangkar, Bekas Makan dan Minum, Kos Anggaran untuk Makanan dan Vitamin Burung bagi setiap bulan, Nest Box dan beberapa perkara lain yang difikirkan perlu.
"Bersambung di Taman Mini Budgie II"




No comments: